Cara Bisnes Online

Cara Bisnes Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam ruangan Cara Bisnes Online kali ini kita akan berkongsi ilmu-ilmu dalam Internet Marketing yang penting bagi memulakan bisnes online.

Info cara bisnes online

Cara Bisnes Online

Perniagaan internet.

          Sejak GST dilaksanakan, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan bagi menambah pendapatan mereka. Kesan kos sara hidup yang semakin tinggi juga menyebabkan ramai yang mencari jalan untuk menambah pendapatan.

Team informasi2u.com juga sering menerima email bertanya bagaimana cara untuk memulakan bisnes online dengan betul. 

Jadi team cuba sediakan info-info yang dapat membantu mereka yang ingin belajar cara bisnes online yang betul.

Harap info-info yang disediakan dapat memberi manfaat kepada pembaca setia blog informasi2u.com. Untuk pengetahuan anda, kami juga akan menyediakan platform serta peluang-peluang untuk menjana pendapatan secara online. Jadi teruskan bersama-sama kami.

         Kenapa perniagaan secara online sesuai untuk menambah pendapatan? Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.

cara bisnes online

        Apa nak buat sebelum mula bisnes online?.

                 Sebelum anda memulakan perniagaan online di internet, perlu kaji perkara-perkara seperti apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? 

Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.

Rancangan perniagaan.

Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?

Persediaan.

Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.

 

Perancangan membina perniagaan internet

    Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan internet.

  1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda. 

Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.

 Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.

 2. Dapatkan produk.

 Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak lain ( jual melalui affiliate) 

  1. Pengurusan produk.

 Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang senang bagi anda.

   4. Cari nama jenama perniagaan anda.

 Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda. 

  1. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran 

Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk memaksimumkan keuntungan anda. 

  1. Dapatkan hosting. 

Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting yang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal, asalkan ia boleh membantu perniagaan anda. 

  1. Bina mailing list. 

Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda. 

  1. Pasarkan laman web anda. 

Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.

 

Untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang cara bisnes online, sila masukkan Nama dan Email Anda. Team Informasi2u akan menghantar update-update terus ke email anda...

Masukkan Nama dan Email Anda
Sertai Sekarang!
We value your privacy and will never spam you
Sila kongsikan Post ini kepada rakan-rakan anda. Semoga anda dan rakan-rakan anda mendapat manfaat. Hanya klik butang di bawah untuk share Post ini. Berkongsi ilmu untuk lebih berjaya.
Info: Usahawan Internet Malaysia menunjukkan cara beliau menjana pendapatan melalui affiliate global. Pendapatan dijana dalam US dollar. Jika berminat boleh klik di bawah: