Penguasa Kastam

Penguasa Kastam

Info Kerja Kerajaan di www.informasi2u.com

Info Kerja Kerajaan di www.informasi2u.com

Penguasa Kastam Gred W41

peperiksaan penguasa kastam

Maklumat tentang Penguasa Kastam

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia

Jadual Gaji:

Gaji Minimum    Gaji Maksimum    Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,925.00    RM8,685.00    RM225.00

Syarat Lantikan:
•    Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
•    Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
•    Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
•    Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
•    Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
•    Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
•    Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
•    lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
•    mempunyai kelayakan di atas; atau
•    lulus Peperiksaan Khas; dan
•    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Dapatkan maklumat terkini, tips terkini contoh panduan peperiksaan SPA, tips terkini panduan temuduga, jadual terkini perperiksaan SPA dan pelbagai maklumat kerja kerajaan, sertai kami percuma. Maklumat akan terus ke email anda.

#Kerja Kerajaan

exam ptd, kerja kerajaan, pegawai tadbir diplomatik, pegawai kastam, jururawat, peperiksaan SPA, www.spa.gov.my, suruhanjaya perkhidmatan awam, temuduga kerajaan, temuduga penguasa kastam, temuduga penguasa kastam, temuduga pegawai, exam online, tips temuduga ptd, online matematik, kerjaya di malaysia, online exam tips, jadual exam, tips terkini, online exam, question paper, rahsia lulus temuduga kerajaan, contoh soalan PTD, exam ptd 2014, exam ptd online, peperiksaan online ptd, ptd 2014, soalan ptd