Pelaburan Saham – Info Saham

Pelaburan Saham – Info Saham

Info pelaburan saham dan hartanah

Perkara asas tentang Pelaburan Saham yang anda perlu tahu.

Ringkasan tentang saham:

Saham adalah sebahagian pemilikan di dalam satu organisasi atau syarikat. Saham mewakili satu tuntutan ke atas aset dan pulangan syarikat. Apabila anda memiliki lebih banyak saham, bahagian pemilikan anda dalam syarikat berkenaan menjadi lebih besar. Tidak kiralah sama ada anda memanggilnya saham, shares, stock atau ekuiti, ia membawa maksud yang sama.

Ini bererti Pelaburan Saham bermaksud kita boleh memiliki satu bisnes dengan memegang satu saham syarikat yang sudah beroperasi dan mempunyai potensi. Ini juga bermakna anda merupakan salah seorang daripada ramai pemilik (pemegang saham) syarikat dan dengan itu, anda mempunyai hak tuntutan (walaupun sebenarnya amat kecil) ke atas setiap apa yang dimiliki oleh syarikat.

Jenis-Jenis Saham

Terdapat dua jenis saham yang utama iaitu saham biasa (common stock) dan saham keutamaan (preferred stock).

Keuntungan

Keuntungan dalam saham adalah lumayan dan merupakan salah satu perniagaan berpendapatan pasif yang kita boleh jalankan. Namun semua ini perlu dilakukan dengan adanya ilmu tentang saham.

Jika anda ingin mengetahui asas-asas saham secara Percuma, boleh daftar di sini. Maklumat terkini dan tips-tips saham akan dikongsi terus ke email anda.

 

 

 

 

#Pelaburan

saham amanah, amanah saham, pengurusan hartanah, pelaburan hartanah, hartanah malaysia, pelaburan emas, emas, pelaburan asb, asb, pelaburan saham