Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Info Kerja Kerajaan di www.informasi2u.com

Info Kerja Kerajaan di www.informasi2u.com

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik ptd

Maklumat lengkap tentang Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

Gaji Minimum    Gaji Maksimum    Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,253.00    RM8,731.00    RM225.00

Syarat Lantikan:
•    Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
•    Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
•    Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
•    lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
•    hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
•    memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
•    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD
Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Isu berkaitan mengenai serapan pegawai Pegawai Tadbir Diplomatik PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu perdebatan hangat
Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD iaitu:
1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Rujukan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dapatkan maklumat terkini, tips terkini contoh panduan peperiksaan SPA, tips terkini panduan temuduga, jadual terkini perperiksaan SPA dan pelbagai maklumat kerja kerajaan, sertai kami percuma. Maklumat akan terus ke email anda.

#Kerja Kerajaan

exam ptd, kerja kerajaan, pegawai tadbir diplomatik, pegawai kastam, jururawat, peperiksaan SPA, www.spa.gov.my, suruhanjaya perkhidmatan awam, temuduga kerajaan, temuduga penguasa kastam, temuduga penguasa kastam, temuduga pegawai, exam online, tips temuduga ptd, online matematik, kerjaya di malaysia, online exam tips, jadual exam, tips terkini, online exam, question paper, rahsia lulus temuduga kerajaan, contoh soalan PTD, exam ptd 2014, exam ptd online, peperiksaan online ptd, ptd 2014, soalan ptd