Cara Bisnes Online dan Kenapa Email Marketing Itu Penting

Cara Bisnes Online dan Kenapa Email Marketing Itu Penting

Cara Bisnes Online

Membina database pelanggan.

Membina database pelanggan adalah salah satu elemen penting yang sering ditunjukkan dalam cara bisnes online yang betul. Ini adalah rahsia usahawan-usahawan internet yang berjaya. Mereka membina empayar bisnes mereka dengan membina satu pengkalan data yang mengumpulkan prospek-prospek bisnes mereka.

Sama ada anda melakukan affiliate marketing, dropship atau apa-apa saja berkaitan dengan bisnes online maka anda perlu tahu tentang ilmu email marketing.

Kenapa perlu database pelanggan serta email marketing? Lihat gambar rajah di bawah

Cara Bisnes Online Email Marketing - Informasi2u.com

Cara Bisnes Online Email Marketing – Informasi2u.com

 

Info ini juga boleh dirujuk di sini:

http://www.carabisnesonline2u.com/2014/08/cara-bisnes-online-dan-kenapa-email.html

Sila baca lebih lanjut,

Pemasaran Emel Dengan Autoresponder

Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah autoresponder. Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini, tetapi perkara terbaik ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam untuk mempromosikan kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat jualan yang memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi? Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.

Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, mereka mendapat semua jawapan dengan segera. Semasa anda merancang untuk mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.

Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-

Ia Membina Squeeze Page

Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja, ia boleh merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat untuk komunikasi kemudian hari.

Ia Menghantar Jawapan Segera

Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis ialah tugas autoresponder.
Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda

Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. Autoresponder yang telah menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang berada dalam senarai itu dengan segera.

Ia Mengesan Jawapan

Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder- autoresponder ini.

Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang seluruh perkara ini. Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.

Ini adalah asas cara bisnes online yang berkesan yang pasti membantu anda menjana pendapatan secara online.

Subscribe email anda untuk mendapatkan maklumat terkini terus ke email anda. Caranya mudah saja, masukkan email anda di Borang email di sebelah kanan anda 😉

Semoga membantu dan mendapat manfaat

Faizi Shukor